Loading Events

« All Events

Game Dev Jam: Design, Create & Compete!

November 7 @ 9:00 am - November 9 @ 5:00 pm

Reka Bentuk Permainan Digital dengan Pengalaman Interaktif

Fikir. Bina. Main. Menang.

Pernah terfikir bagaimana permainan video kegemaran anda dicipta? Kali ini, bukan sekadar bermain – anda sendiri boleh menjadi pencipta permainan tersebut!

Inilah peluang anda untuk menerokai dunia reka bentuk permainan digital. Sertai program selama 3 hari yang penuh dengan aktiviti, pembelajaran dan kreativiti, di mana anda dan pasukan anda akan menghasilkan idea menarik dan membangunkan prototaip permainan sebenar.

Dan yang paling menarik – hadiah wang tunai menanti pasukan terbaik!

Apa Yang Menanti Anda?

Hari 1: Mencetuskan Kreativiti

  • Bersama pasukan anda, cipta konsep permainan yang unik, rancang jalan cerita dan mulakan reka bentuk awal.

Hari 2: Membina & Menghidupkan Permainan

  • Pelajari asas penulisan kod (coding), mereka bentuk watak dan menghasilkan prototaip permainan digital pertama anda dengan bimbingan mentor.

Hari 3: Bentangkan & Raikan Kejayaan

  • Tunjukkan hasil kerja pasukan anda kepada juri, perkemaskan idea terakhir dan bersedia untuk diraikan sebagai juara!

Kenapa Anda Patut Sertai?

Belajar Secara Praktikal

  • Tiada teori yang membosankan – setiap pasukan akan terus belajar secara hands-on dengan membina permainan sebenar dari awal hingga akhir.

Uji Kreativiti & Inovasi Pasukan Anda

  • Tukarkan idea yang hebat kepada permainan digital yang boleh dimainkan – dalam masa tiga hari sahaja!

Terokai Dunia Gaming & Digital

  • Dapatkan pendedahan sebenar dalam bidang reka bentuk, teknologi dan industri kreatif.

Bina Rangkaian Dengan Pakar Industri

  • Belajar terus daripada mentor, pembangun permainan digital tempatan dan profesional dalam bidang digital dan kreatif.

Lebih Daripada Sekadar “Main Game”

Program ini bukan sekadar hiburan – ia merupakan pengalaman yang menggabungkan kerjasama antara pasukan, kemahiran digital dan pemikiran inovatif.

Anda dan pasukan akan berpeluang untuk:

✅ Menguasai kemahiran digital dan teknikal
✅ Meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan
✅ Mengasah pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
✅ Mendapat pendedahan kepada peluang kerjaya dalam industri kreatif dan teknologi

Siapa Yang Boleh Sertai?

✅ Pelajar sekolah menengah, kolej & universiti
✅ Berminat dalam gaming,coding,reka bentuk digital atau penceritaan interaktif
✅ Setiap pasukan terdiri daripada 3 – 5 orang ahli
✅ Tiada pengalaman coding? Tiada masalah – mentor akan membimbing anda sepanjang perjalanan!

Bersedia untuk Level Up Bersama Pasukan Anda?

👉 Jangan hanya bermain permainan digital – cipta permainan anda sendiri bersama pasukan anda!

Tempat adalah terhad! Sertai kami dan buktikan kreativiti pasukan anda di pentas reka bentuk permainan digital.

DAFTAR SEKARANG


Digital Game Design with Interactive Experiences

Think. Build. Play. Win.

Ever wondered how your favourite video games are created? This time, don’t just play – be the creator of your own game!

Here’s your chance to explore the exciting world of digital game design. Join this 3-day hands-on program filled with creativity, learning and collaboration, where you and your team will develop unique ideas and build a real game prototype.

And the best part – cash prizes await the winning teams!

What Awaits You

Day 1: Ignite Creativity

  • Work with your team to create a unique game concept, plan your storyline and begin your initial design.

Day 2: Build & Bring Your Game to Life

  • Learn coding, design characters and develop your first digital game prototype with guidance from mentors.

Day 3: Pitch Your Game & Celebrate Success

  • Present your team’s creation to the judges, refine your final idea, and get ready to be crowned the winner!

Why You Should Join?

Learn by Doing

  • No boring lectures – your team will dive straight into hands-on game development from start to finish.

Test Your Creativity & Innovation

  • Turn your brilliant ideas into a playable digital game – in just three days!

Explore the Gaming & Digital World

  • Gain real exposure to the world of game design, technology and the creative industry.

Connect with Industry Mentors

  • Learn directly from mentors, local game developers and creative professionals.

More Than Just “Playing Games”

This program isn’t just about fun – it’s an experience that combines teamwork, digital skills, and innovative thinking.

Your and your team will:

✅ Develop essential digital & technical skills
✅ Strengthen communication and teamwork
✅ Enhance critical thinking & problem-solving abilities
✅ Gain insights into real career opportunities in the creative and tech industries

Who Can Join?

✅ Secondary school, college & university students
✅ Passionate about gaming, coding, digital design or interactive storytelling
✅ 
Each team must consist of 3 – 5 members
✅ No coding experience? No worries – our mentors will guide you every step of the way!

Ready to Level Up with Your Team?

👉 Don’t just play digital games – create your own together!

Seats are limited! Join us and show your team’s creativity on the digital game design stage.

https://forms.gle/ZcrkS78uT4XMJ8Bq8

 

Details

Start:
November 7 @ 9:00 am
End:
November 9 @ 5:00 pm

Organizer

Betong Digital Innovation Hub
Phone
083 420 583
Email
betongdih@gmail.com
View Organizer Website

Venue

Betong Digital Innovation Hub
1st & 2nd Floor, Sublot 21, Lot 2079, Block 9 Batu Api Land District, Medan Bandar Baru
Betong, Sarawak 95700 Malaysia
+ Google Map
Phone
083 420 583
View Venue Website
Check Our Feed