Loading Events

« All Events

Figma PlayLab: Create, Collaborate & Prototype!

November 1 @ 9:00 am - November 2 @ 5:00 pm

Pelajari Cara Mereka Bentuk Seperti Profesional bersama Figma!

Jom sertai Figma PlayLab, bengkel interaktif selama 2 hari yang akan memperkenalkan anda kepada dunia reka bentuk dan prototaip digital menggunakan Figma – alat reka bentuk popular yang digunakan oleh ramai pereka dan pembangun web di seluruh dunia!

Tak kisah kalau anda baru nak bermula, berminat dengan reka bentuk, permainan video, atau sekadar nak mencuba benda baru – bengkel ini adalah tempat terbaik untuk belajar sambil membuat sendiri.

Program ini juga akan menjadi persediaan untuk Game Dev Jam, di mana anda boleh menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menghasilkan idea permainan yang kreatif dan menyeronokkan!

Kenapa Anda Patut Sertai?

Dalam dunia sekarang, kemahiran dalam mereka bentuk dan kerja berpasukan adalah sangat penting. Melalui Figma PlayLab, anda akan:

✅ Belajar cara berfikir secara kreatif dan ubah idea menjadi rekaan sebenar.
✅ Bekerjasama dalam kumpulan dan hasilkan projek menarik bersama peserta lain.
✅ Kuasai kemahiran reka bentuk digital yang boleh digunakan dalam dunia sebenar.
✅ Bersedia untuk Game Dev Jam dengan kemahiran asas yang kukuh.

Bengkel ini bukan sekadar belajar menggunakan aplikasi – tetapi peluang untuk mengasah kreativiti dan membina keyakinan diri melalui pengalaman sebenar.

Apa Yang Akan Dipelajari

Sepanjang dua hari bengkel, peserta akan:

  • Mempelajari asas reka bentuk dan prototaip digital menggunakan Figma
  • Membuat reka bentuk antara muka (UI), wireframe dan prototaip interaktif.
  • Asah kemahiran bekerjasama dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti berkumpulan.
  • Menyiapkan projek rekaan atau prototaip permainan digital sebagai hasil akhir.

Selepas bengkel ini, anda akan mendapat kemahiran baru, mempunyai projek sendiri untuk dipamerkan dan lebih yakin untuk menyertai pertandingan Game Dev Jam!

Siapa Yang Sesuai untuk Sertai?

  • Mereka yang berminat dalam reka bentuk digital, teknologi atau permainan video
  • Individu atau berkumpulan yang nak belajar reka bentuk digital.
  • Sesiapa sahaja yang nak mencuba benda baru – tak perlu pengalaman pun!

Daftar sekarang sebelum terlambat! 👇🏻

DAFTAR SEKARANG


Learn to Design Like a Professional with Figma!

Join Figma PlayLab, a fun and interactive 2-day workshop that introduces you to the world of digital design and prototyping using Figma, the popular design tool used by designers and web developers worldwide!

Whether you’re just starting out, interested in design, video games, or simply want to try something new – this workshop is the perfect place to learn by doing.

This program also serve as a preparation for Game Dev Jam, where you can apply the skills learned to create creative and exciting game ideas!

Why You Should Join?

In today’s world, design skills and teamwork are essential. Through Figma PlayLab, you’ll:

✅ Learn to think creatively and turn your ideas into real designs.
✅ Collaborate in teams and build engaging projects with other participants.
✅ Master digital design skills that can be applied in real-world scenarios.
✅ Be ready for Game Dev Jam with a solid foundation of design knowledge.

This workshop isn’t just about learning an app – it’s an opportunity to sharpen your creativity and build confidence through hands-on experience.

What You’ll Learn

Over the two days, participants will:

  • Learn the basics of digital design and prototyping using Figma.
  • Create user interfaces (UI), wireframes and interactive prototypes.
  • Strengthen teamwork and problem-solving skills through group activities.
  • Complete a digital design or game prototype project as a final outcome.

After this workshop, you’ll walk away with new skills, your own design project to showcase, and more confidence to join the Game Dev Jam!

Who Should Join?

  • Anyone who interested in design, technology or video games.
  • Individuals or teams who want to learn digital design.
  • Anyone who wants to try something new – no experience needed!

Register now before it’s too late!👇🏻

REGISTER NOW

Details

Start:
November 1 @ 9:00 am
End:
November 2 @ 5:00 pm

Organizer

Betong Digital Innovation Hub
Phone
083 420 583
Email
betongdih@gmail.com
View Organizer Website

Venue

Betong Digital Innovation Hub
1st & 2nd Floor, Sublot 21, Lot 2079, Block 9 Batu Api Land District, Medan Bandar Baru
Betong, Sarawak 95700 Malaysia
+ Google Map
Phone
083 420 583
View Venue Website
Check Our Feed