- This event has passed.
Entrepreneurs Empowerment Exchange: Randau Usahawan

Entrepreneurs Empowerment Exchange
Entrepreneurs Empowerment Exchange adalah program sehari yang direka khas untuk memperkasakan komuniti usahawan di Betong. Program ini menghimpunkan usahawan tempatan, pemilik perniagaan kecil, dan pemangkin komuniti untuk belajar, berkongsi pengalaman, dan menemui peluang baharu untuk berkembang.
Program ini menyediakan ilmu praktikal, panduan dunia sebenar, dan bimbingan secara hands-on untuk membantu peserta meningkatkan perniagaan mereka sambil membina hubungan dengan usahawan dan pakar lain.
Apa Yang Peserta Boleh Harapkan
Sepanjang program, peserta akan mendapat inspirasi dan alat praktikal melalui sesi perkongsian yang dikendalikan oleh usahawan berpengalaman dan wakil industri. Antara sesi utama adalah:
Angelia Ann David, AntBead Collection
Sesi: “Memperkasa Wanita Melalui Kraftangan: Menukar Kemahiran kepada Peluang”
Angelia Ann David ialah seorang usahawan kraf dari Sri Aman yang aktif dalam memperkasakan komuniti, terutamanya wanita. Beliau merupakan Rakan Pembimbing Usahawan Sarawak (2016) dan usahawan berdaftar di bawah Perbadanan Kraftangan Malaysia serta Sarawak Craft Council.
Kini, Angelia menjadi tenaga pengajar untuk pelbagai program kraftangan di bawah Sarawak Craft Council, Sarawak Skills dan CENTEXS, sambil membimbing lebih 70 usahawan kraf di Simangang. Pada tahun 2024, beliau menerima Anugerah Smart Komuniti Pingat Gangsa atas sumbangannya dalam pembangunan wanita melalui kemahiran kraftangan.
Dalam sesi ini, Angelia akan berkongsi bagaimana kemahiran kreatif boleh ditukar menjadi peluang perniagaan yang berdaya maju, sekaligus menyokong ekonomi komuniti tempatan.
Jabatan Agama Islam Sarawak
Sesi: “Perkongsian Proses Permohonan Pensijilan Halal”
Dalam sesi ini, wakil JAIS akan menerangkan langkah asas permohonan Pensijilan Halal, termasuk syarat, dokumen yang diperlukan dan proses semakan. Perkongsian ini membantu usahawan dalam industri makanan, minuman dan produk pengguna memahami keperluan Halal dengan lebih jelas supaya mereka lebih bersedia mengembangkan pasaran secara sah dan dipercayai. Peserta juga berpeluang untuk bertanyakan soalan terus kepada JAIS untuk mengelakkan kesilapan biasa dan memastikan permohonan berjalan lancar.
MINTRED Sarawak
Sesi: “Perkongsian Geran & Inisiatif untuk Komuniti di Betong”
Dalam sesi ini, wakil MINTRED akan berkongsi maklumat mengenai geran, bantuan dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk menyokong usahawan tempatan. Peserta akan memahami peluang yang tersedia, cara memohon, serta bagaimana inisiatif ini dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan dan memperkukuh ekosistem keusahawanan di Betong.
Apa Yang Peserta Akan Peroleh?
Dengan menyertai Entrepreneurs Empowerment Exchange, peserta akan:
- Memperoleh kemahiran dan alat praktikal yang boleh digunakan segera untuk meningkatkan operasi, pemasaran, pembangunan produk dan pengurusan kewangan.
- Belajar daripada pengalaman usahawan sebenar yang relevan dengan landskap perniagaan tempatan di Betong.
- Memahami proses industri dan keperluan pensijilan, seperti pensijilan Halal.
- Mendapat akses kepada peluang geran dan inisiatif komuniti untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan.
- Membangunkan rangkaian sokongan usahawan tempatan untuk kerjasama, bimbingan dan sokongan jangka panjang.
Entrepreneurs Empowerment Exchange bukan sekadar program pembelajaran, ia adalah gerakan untuk mengukuhkan komuniti usahawan Betong. Dengan panduan pakar, ilmu praktikal, dan sokongan rakan sebaya, peserta akan memperoleh keyakinan dan hubungan yang diperlukan untuk membawa perniagaan mereka ke tahap seterusnya.
Sama ada anda baru bermula atau sudah lama berniaga, program ini akan memberi ruang untuk belajar, berkongsi dan berkembang bersama komuniti usahawan Betong.
Sertai kami dan jadi sebahagian daripada gerakan untuk memperkasakan usahawan Betong!
Entrepreneurs Empowerment Exchange
The Entrepreneurs Empowerment Exchange is a one-day program designed to empower the entrepreneur community in Betong. It brings together local entrepreneurs, small business owners, and community changemakers to learn, share experiences and discover new opportunities for growth.
This program provides practical knowledge, real-world insights, and hands-on guidance to help participants improve their businesses while building connections with like-minded entrepreneurs and experts.
What Participants Can Expect?
Throughout the program, participants will gain inspiration and practical tools from a series of sharing session led by experienced entrepreneurs and industry representatives. Key sessions include:
Angelia Ann David, AntBead Collection
Session: “Empowering Women Through Handicrafts: Turning Skills Into Opportunities”
Angelia Ann David is a craft entrepreneur from Sri Aman who is actively involved in empowering communities, especially women. She was appointed as a Sarawak Entrepreneurs Mentoring Partner (2016) and is a registered craft entrepreneur under the Malaysia Handicraft Corporation and Sarawak Craft Council.
Angelia now serves as a trainer for various craft programs under the Sarawak Craft Council, Sarawak Skills, and CENTEXS, while mentoring over 70 craft entrepreneurs in Simanggang. In 2024, she received the Smart Community Bronze Medal Award for her contributions to women’s development through craft skills.
In this session, Angelia will share how creative skills can be transformed into viable business opportunities, while also supporting the local community’s economy.
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS)
In this session, a representative from JAIS will explain the basic steps for applying for Halal Certification, including requirements, necessary documents and the review process. This sharing will help food, beverage and consumer product entrepreneurs better understand Halal requirements, ensuring they are well-prepared to expand their market legally and credibly. Participants will also have the opportunity to ask questions directly to JAIS to avoid common mistakes and ensure smooth application process.
MINTRED Sarawak
Session: “Sharing on Grants & Initiatives for Community in Betong”
In this session, a representative from MINTRED will share information about grants, assistance schemes, and development programs offered by the state government to support local entrepreneurs. Participants will gain a clearer understanding of available opportunities, how to apply, and how these initiatives can help grow their businesses while strengthening the entrepreneurial ecosystem in Betong.
What Participants Will Gain?
By joining the Entrepreneurs Empowerment Exchange, participants will:
- Gain practical skills and tools to immediately improve business operations, marketing, product development, and financial planning.
- Learn from real-life entrepreneurial journeys relevant to Betong’s local business landscape.
- Understand industry processes and certification requirements, such as Halal certification.
- Access funding opportunities and community initiatives to scale their businesses.
- Build a supportive network of local entrepreneurs for collaboration, mentorship and long-term support.
The Entrepreneurs Empowerment Exchange is more than just a learning program, it’s a movement to strengthen the entrepreneurial community in Betong. With expert guidance, practical insights, and peer support, participants will gain the confidence and connections needed to take their businesses to the next level.
Whether you’re just starting or have been in business for years, this is your opportunity to learn, share and grow together with the Betong entrepreneurial community.
Join us and be part of the movement to empower Betong’s entrepreneurs!