
Menguruskan perniagaan setiap hari memerlukan banyak masa dan tenaga. Daripada menghasilkan konten, menjawab pertanyaan pelanggan, menyediakan laporan, mencari idea baharu hingga merancang perkembangan bisnes, semuanya perlu dilakukan dalam masa yang terhad.
Dengan bantuan Artificial Intelligence (AI), pemilik perniagaan kini boleh bekerja dengan lebih mudah, cepat dan teratur. AI boleh membantu anda menjimatkan masa, menghasilkan idea dengan lebih pantas dan meningkatkan cara anda menguruskan tugasan harian.
Mudahnya Digital: AI untuk Perniagaan ialah program praktikal selama 2 hari yang membantu usahawan, pemilik perniagaan, dan profesional memahami cara menggunakan AI untuk memudahkan kerja serta menyokong perkembangan bisnes.
Tidak kira sama ada anda baru mengenali AI atau pernah mencubanya sebelum ini, program ini direka supaya mudah difahami dan sesuai untuk semua peringkat.
Program ini sesuai untuk:
✅ Pemilik perniagaan & usahawan
✅ Mikro PKS & PKS
✅ Perniagaan online & peniaga dari rumah
✅ Pengurus & pekerja yang ingin meningkatkan produktiviti
✅ Individu yang ingin memahami cara AI boleh membantu kerja harian
Melalui pendekatan praktikal dan contoh situasi sebenar perniagaan, peserta akan belajar cara menggunakan AI dengan lebih yakin, tanpa memerlukan kemahiran teknikal.
Selepas mengikuti program ini, anda akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas untuk bermula menggunakan AI sebagai alat bantuan dalam menguruskan perniagaan dengan lebih cekap dan bersedia menghadapi dunia digital.