Loading Events

« All Events

Techstars Startup Weekend Betong 2026

October 16 @ 9:00 am - October 18 @ 6:00 pm

Apa Itu Techstars Startup Weekend Betong?

Techstarts Startup Weekend ialah program intensif selama 54 jam yang memberi peluang kepada peserta untuk belajar melalui pengalaman sebenar dalam membangunkan idea perniagaan. Program ini terbuka kepada semua, sama ada anda mempunyai latar belakang teknologi atau tidak.

Program ini akan bermula pada hari Jumaat dengan peserta akan berkongsi dan membentangkan idea mereka. Peserta kemudiannya akan membentuk kumpulan, memilih idea yang ingin dibangunkan, dan mula menguji idea tersebut melalui perbincangan, kajian pasaran serta pembangunan model perniagaan. Sepanjang program, peserta akan bekerjasama untuk membangunkan konsep dan prototaip asas produk atau perkhidmatan mereka.

Pada hari Ahad, setiap kumpulan akan membentangkan idea, perkembangan dan prototaip yang telah dibangunkan kepada panel juri. Sepanjang 54 jam ini, peserta juga berpeluang untuk mendapatkan bimbingan, berkongsi pandangan dengan peserta lain, serta menerima maklum balas daripada mentor, pakar industri dan usahawan tempatan.

Lebih daripada sekadar membangunkan satu idea, Techstars Startup Weekend menyediakan ruang untuk peserta bertemu dengan individu daripada pelbagai latar belakang, mencari rakan sepasukan yang sesuai, mempelajari kemahiran baharu dan mencuba sesuatu yang mungkin belum pernah dilakukan sebelum ini.

Program ini menekankan tindakan, inovasi dan pembelajaran melalui pengalaman, menjadikannya satu platform untuk menguji dan mengembangkan idea perniagaan dalam tempoh yang singkat. Sama ada anda sudah mempunyai idea, sedang mencari idea baharu, mempunyai kemahiran tertentu untuk dikongsi, atau sekadar ingin belajar bagaimana sebuah idea boleh dibangunkan menjadi konsep perniagaan, anda boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman ini.


What is Techstars Startup Weekend?

Techstars Startup Weekend is an intensive 54-hour programme that gives participants the opportunity to learn through hands-on experience while developing a business idea. The programme is open to everyone, whether you have a technology background or not.

The programme begins on Friday with participants sharing and pitching their ideas. Participants then form teams, choose an idea to develop, and begin testing it through discussions, market research and business model development. Throughout the weekend, teams work together to develop their concept and create a basic prototype of their product or service.

On Sunday, each team will present its idea, progress and prototype to a panel of judges. Throughout the 54 hours, participants will also have opportunities to receive guidance, exchange ideas with other participants, and get feedback from mentors, industry experts and local entrepreneurs.

More than just building an idea, Techstars Startup Weekend creates an opportunity for participants to meet people from different backgrounds, find potential teammates, learn new skills and try something they may not have experienced before.

The programmes focuses on action, innovation and learning by doing, providing a platform for participants to test and develop a business idea within a short period of time. Whether you already have an idea, are looking for a new one, have a particular skill you can contribute, or simply want to learn how an idea can be developed into a business concept, you can be part of the experience.


什麼是 Techstars Startup Weekend?

Techstars Startup Weekend 是一項為期 54 小時的密集創業活動,讓參與者透過實際操作和團隊合作,學習如何將一個想法逐步發展成商業概念。無論您是否具備科技背景,都可以參與。

活動將於星期五開始,參與者首先分享並介紹自己的創業想法。接著,大家將組成團隊,選擇想要發展的想法,並透過討論、市場調查及商業模式設計開始驗證想法。在整個週末期間,各團隊將共同完善自己的概念,並製作產品或服務的基本原型。

星期日,各團隊將向評審團介紹自己的想法、發展成果以及所完成的原型。在這 54 小時的過程中,參與者也將有機會獲得導師指導,與其他參與者交流想法,並從業界專家及本地企業家身上獲得實用的意見與回饋。

Techstars Startup Weekend 不只是把一個想法做出來,更是一個讓參與者認識不同背景人士、尋找合適隊友、學習新技能,以及嘗試將想法付諸實踐的平台。

活動以行動、創新及實踐學習為核心,讓參與者在短時間內測試及發展自己的商業想法。無論您已經有一個想法、正在尋找新的方向、擁有可以與團隊分享的技能,還是單純想了解一個想法如何逐步發展成商業概念,都歡迎參與這次創業體驗。

 

Program Outline (Rangka Program)

Semasa program ini, peserta akan diperkenalkan kepada beberapa topik dan kemahiran utama seperti dibawah.
During the programme, participants will be introduced to the following key topics and skills.

Business Model Canvas (Kanvas Model Perniagaan)

The business model canvas (BMC) is a simple tool for describing how a business or idea works. It brings the key parts of a business into one page, helping you understand how your product or service creates value, who your customers are, how you reach them, and how the business can generate income.

Model Kanvas Perniagaan (BMC) ialah alat ringkas untuk menerangkan bagaimana sesebuah perniagaan atau idea boleh berfungsi. Ia menghimpunkan bahagian – bahagian utama sesebuah perniagaan dalam satu halaman, supaya anda dapat melihat dengan lebih jelas siapa pelanggan anda, apakah nilai yang ditawarkan, bagaimana anda mencapai pelanggan anda dan bagaimana perniagaan tersebut boleh menjana pendapatan.

Ideation & Market Validation (Idea & Pengesahan Pasaran)

Market validation is the process of finding out whether people actually need or want the product or service you are developing. By testing your idea with your target market, you can gather real feedback, identify what needs to be improved, and better understand whether your idea has potential as a business.

Pengesahan pasaran ialah proses untuk mengetahui sama ada produk atau perkhidmatan yang ingin dibangunkan adalah benar – benar diperlukan atau dikehendaki oleh pelanggan sasaran anda. Dengan menguji idea anda secara langsung dengan pasaran, anda boleh mendapatkan maklum balas sebenar, mengenal pasti perkara yang perlu diperbaiki dan memahami sama ada idea tersebut mempunyai potentsi untuk dikembangkan sebagai sebuah perniagaan.

Effective Pitching (Pembentangan yang Berkesan)

An effective pitch is more than simply explaining your product or idea. It should clearly communicate the problem you are solving, the value you are offering, and why your solution matters to your target audience. A good pitch helps your audience understand your idea quickly and see its potential.

Pembentangan yang berkesan bukan sekadar menerangkan produk atau idea anda. Ia perlu menyampaikan dengan jelas masalah yang ingin diselesaikan, nilai yang ditawarkan dan mengapa penyelesaian tersebut penting kepada pelanggan sasaran. Pembentangan yang baik membantu pendengar memahami idea anda dengan cepat serta melihat potensi di sebaliknya.

Design Thinking (Pemikiran Reka Bentuk)

Design Thinking is a problem-solving approach that starts by understanding the needs and experiences of the people you are designing for. It encourages participants to identify real problems, explore different ideas, test possible solutions and improve them based on the feedback.

Pemikiran Reka Bentuk ialah pendekatan penyelesaian masalah yang bermula dengan memahami keperluan dan pengalaman pengguna. Ia menggalakkan peserta mengenal pasti masalah sebenar, meneroka pelbagai idea, menguji penyelesaian yang dicadangkan dan memperbaikinya berdasarkan maklum balas yang diterima.

 


What is included in this event?
Apa yang termasuk dalam acara ini?

  1. Peserta boleh menyertai makan sarapan pagi/tengah hari/malam sambil berkenalan semasa acara.
  2. Peserta akan menerima e-sijil penyertaan selepas acara tersebut.
  3. Peserta akan menerima 1 x T-shirt Techstars Startup Weekend Betong
  4. Yuran Komitmen: RM20.00 (Akan dikembalikan setelah program selesai)
  1. Participants able to join the networking breakfast/lunch/dinner during the event.
  2. Participants will receive an e-certificate of participation after event.
  3. Participants will receive 1 x Techstars Startup Weekend Betong T-shirt
  4. Commitment Fee: RM20.00 (To be refunded after the program is completed)

DAFTAR SEKARANG

Details

Start:
October 16 @ 9:00 am
End:
October 18 @ 6:00 pm

Organizer

Betong Digital Innovation Hub
Phone
083 420 583
Email
betongdih@gmail.com
View Organizer Website

Venue

Betong Digital Innovation Hub
1st & 2nd Floor, Sublot 21, Lot 2079, Block 9 Batu Api Land District, Medan Bandar Baru
Betong, Sarawak 95700 Malaysia
+ Google Map
Phone
083 420 583
View Venue Website
Check Our Feed